Friday, 23 December 2011

cinta vs couple

pernah bercinta atau couple? sama ke makna cinta dan couple tu? di sini saya hanya bagi pandangan sahaja. mungkin ada orang yang berlainan pendapat dengan saya, kerana allah mencipta manusia itu pelbagai. tanpa manusia pelbagai, tidak berwarnalah kehidupan kita. bagi sesiapa yang mahu menerimanya silakan.

saya pernah bermesej dengan salah seorang kawan lama saya. disebabkan sudah lama tidak berjumpa, banyaklah benda yang kitaorang borakkan. pastu, tetiba jer keluar bab cinta and couple ni. sebelum saya bermesej dengan kawan saya ni, saya pernah baca satu buku nukilan hilal asyraf. dalam buku tu adala tajuk yang lebih kurang macam bab yang kita bincangkan ni.

berbalik kepada cerita, so kawan saya ni tanyalah saya, single lagi ke? takde cinta kat sape-sape ke?
saya pun jawab, saya single je lagi, tapi saya memang selalu bercinta...
mungkin dia pelik, pastu dia tanya lagi, ha? oh, maksudnya awk pernah couple la sebelum ni?
saya kata tak....
dia tanya lagi, kalau tak couple, macam mana boleh bercinta pulak?
masa dia hantar mesej tu, terbit dalam diri saya untuk berdakwah mengenai cinta.
saya pun kata kat dia, memang saya tak pernah couple, tapi saya pernah bercinta dengan allah, parents, adik-beradik, kawan-kawan...

so, cinta ni sebenarnya amatlah suci. janganlah kita nodainya dengan bibit-bibit perzinaan. terutama sekali zina mata. memang tak dinafikan memang susah nak kawal pandangan apabila dua hati anak adam dipanah oleh panahan syaitan. tapi, cuba untuk kita mujahadah dengan diri kita, dan ingatkan diri kita ganjaran yang allah berikan kepada orang yang bermujahadah dengan nafsunya. kembali kepada bab cinta, betapa tingginya darjat cinta. cuba kita renungi bagaimana tingginya cinta abu bakar kepada sahatnya, rasulullah apabila dia mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rasulullah daripada dipatuk haiwan berbisa, tanpa cinta, tidak mungkin pengorbanan sebesar ini dapat diberikan,

jadi. sama-samalah kita menggapai cinta allah. kerana apabila kita mencintai allah, pasti allah akan terima cinta itu, berlawanan dengan mencintai manusia belum pasti dia dapat membalasnya. sama-samalah kita praktikkan semua ini dalam kehidupan kita untuk mendapat merdhatillah. semoga kita dapat menggapai syurga allah.

2 comments:

  1. salam tengku :)
    best la p0st awk nieh,,menarik gitu,,hehe

    ReplyDelete
  2. trimas utk prkongsian menarik...cutenye blog ^_^

    ReplyDelete