Tuesday, 29 May 2012

listening...the great healer=)



mendengar ......penyembuh yang baik. kata-kata ini saya dapat setelah saya membaca satu buku nukilan daniel gottlieb,seorang psychologist yang mengidap penyakit quadriplegic. dalam buku ni dia ada mengatakan bahawa dia menyedari lagi banyak dia mendengar ( luahan hati seseorang ), makin ramai yang akan bercakap dengan kita. dan semakin ramai orang yang terbuka hati untuk bercerita dengan kita, perasaan prihatin semakin mendalam dalam diri kita.kita mendengar dengan hati terbuka, orang akan meluahkan isi hati mereka dengan penuh rasa keterbukaan dalam hati mereka.

jadi, jika seseorang ingin meluahkan isi hati mereka, just hear it. jangan membangkang atau menyokong percakapan mereka. tetapi jika kamu menyedari satu kesilapan dalam diri mereka, maka tegurlah. kerana, sahabat yang baik akan sentiasa membaiki diri sahabatnya untuk menjadi yang lebih baik. dan melalui proses mendengar dan meluah inilah kita boleh mempraktikkan amal maa'ruf nahi mungkar. dan jika nasihat yang kita berikan itu berjaya mengubahnya, insyaallah bertambahlah saham kita di akhirat.namun kita kene ingat bahawa kita tiada hak untuk mengubahnya, jika allah bagi hidayah padanya, alhamdulillah. jadi, kita hanya boleh mendengar dan belajar daripada apa yang kita dengari. learning to listen, listening to learn.

sama-samalah kita berlumba-lumba mencari saham di akhirat dengan memanfaatkan masa hidup kita dengan amalan yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment