Tuesday, 26 May 2015

want to tell u a story..

assalamualaikum.....
baru balik dari reunion gen 7. hati berbaur baur. happy ade, sedih pun ade, letih pun ade. tapi yang paling banyak mestilah happy...jumpa kawan lame..hahaha..seriously they are my best friends.tapi tu nak cakap nanti. ni nak cakap pasal benda lain.

sye budak tamhidi usim. mule2 masuk dapat tamhidi sains teknologi. pastu mintak tukar ke pergigian. mula2 study tu memang bersungguh. tapi tak tahu kenapa..makin lama makin down. sye pulak memang berubah 180 darjah dari perangai sebenar. tension memang rension. tapi memang tak de orang yang tahu isi hati sebenar sye. but...life goes on...

masa tu memang rindu tak tertahan dengan budak2 smakl gen 7. kadang kadang jealous tengok diorang belajar same2 kat ktd tu. tapi sye ade cita2 lain yang mesti saye kejar. mase sem 1 kat usim, mule2 okay, pastu bile dah nak mid sem tu, hati dah mula memberontak. truthfully, sye sebenar pun tak tahu kenapa hati ni memeberontak giler2.

so habis sem 1 dapat result, ya allah! rendahnye dapat. memang expect pun result macam tu. belajar main2. nak belajar betul2 pun tak boleh. down sangat time tu. pernah sekali menangis time kelas, masuk tandas mesej kawan kawan lame. alhamdulillah diorang memang best.. bagi kata kata semangat supaya terus bangun. harap ukhuwah kite berkekalan sampai akhirat ye sahabat2...

tapi satu yang boleh buat sye terus bangun walaupun sye rase sye bersendirian. tahajud..yess..thats the best answer. sebab kita tahu allah tak pernah tinggalkan kita walau satu saat. mungkin allah bagi ujian ni sebab dia rase sye dah jauh dengan dia. nak bagi saya dekat balik dengan dia.sangat tenang... rasa seperti ada orang yang akan ambil kita punya kesusahan. automatically rasa down dalam hati hilang. 

sebelum masuk usim sye memang ade satu habit pelik. tapi mungkin tak pelik dah bagi orang sekarang. marathon drama. tapi bile masuk usim, automaticly tengok laptop sekali dua kala aje. memang tak de mase la nak mengadap. tapi bile kat sane hati kosong.mungkin sebab dah biasa setiap hari dapat pengisian kat smakl. 

bile dah habis tamhidi rase macam tak de harapan je nak teruskan pengajian ni. tapi tak pe lah.. berserah kat allah.. allah tahu yang terbaik. balik rumah jadilah macam dulu..hahaha..tak de ape nak buat kott..marathon naruto pulak.hehehe..

parents dah mula bersuara.."tolonglah cari kerja yang berfaedah sikit." "kalau menghafal quran ni habis dah satu quran." sye sengih je bile diorang cakap macam tu. tapi kepala pusing jugaklah nak buat ape. sambil tu tengok tengok jugak course kat unikl. sye mintak farmasi ngan engineering in medical electronic. mintak mintak dapatlah klu tak dapat pergigian kat usim pun.

memang hati rasa gelisah tak tentu pasal. dada rasa sebak dan ketat tak tentu pasal. ingatnye macam penyakit baru jer dalam diri. tapi sebenarnye bukan sebab tu aje.. ade benda lain yang tak boleh diceritakan berlaku..hahaha..apepun kembali kepada allah..insya allah, hati jadi tenang...

kita hanya merancang, allah tentukan segala galanya..
allah yang paling mengetahui tentang diri kita, bukan diri kita sendiri..
what the best isnt the best for us, but the best for us is from allah.. 

Monday, 19 May 2014

suka atau cinta???



assalamualaikum.....
pernah terbaca satu pendapat seseorang. beza cinta dan suka sama seperti jika kita cinta dan suka sekuntum bunga.

jika kita menyukai sekuntum bunga itu kerana kecantikannya dan keharumannya, kita akan memetik bunga tersebut. dan lama kelamaan bunga tersebut akan layu... dan pasti rasa suka itu akan berkurangan dan akhirnya...bunga tersebut akan dibuang
 tetapi jika kita mencintai bunga tersebut, kita akan membiarkan bunga tersebut berada di dahannya, kita siram supaya ia sentiasa segar...kita sanggup memberikan bunga tersebut kepada orang yang lebih kita percayai untuk memastikan bunga tersebut terus segar..

same with us....
kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha mendapatkannya. tapi apabila kita mengetahui buruk dirinya...kita akan lepaskannya.
kalau kita mencintai seseorang itu, kita akan sabar menunggu sama ada kita adalah jodohnya atau tidak...dan kita akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau dia bukan jodoh kita...

so???
well, kita semua allah bagi akal fikiran untuk kita berfikir mana yang baik dan mana yang buruk... we all have choice...jangan kerana suka dan cinta kita kepada manusia kita tinggalkan cinta kita kepada yang kita tak sepatutnya tinggalkan...

Sunday, 30 December 2012

friends till jannah...luv u all 4 eva

salam seme....
lama dah x post ape2 kat sini. facebook pun lame dah x bukak. jadi, sempena back to school tahun nie, nak post something yang memorable untuk tahun 2012. moga kekal dalam ingatan untuk selama-lamanya.snap!time for 7th girls generation sea village high school. peace................
                                                            

ni nak try test cam dulu. with: duduk dari kiri: auni, syakilah, zue.
diri dari kiri: me, aimi n tyma
gather together.....hahaha rasa macam duduk dalam banjir pulak.



with my bff.....

korang, macam kumpulan nasyid lah...

  
                                                     merenung the future of life...banyak la....                                             
with auni...the most cheerful friend

 senyum......

sekali lagi...bergambar dalam banjir..

tyma, kashah n awadah.
kashah roomate tahun 2012. tido sebelah katil... slalu story mory sblom tido...thanks 4 hearing my story.

nani almi, ainun, nailah n nadia

mariam n aminah

one two three...cheese...
macam gangster kg. laut pulak...
 hahaha..banyak betul gambar ni
mase nak gi bilik air, sekali lagi terserempak dengan kamera. nani almi: kejap, selipar nie pun nak bergambar jugak...

k.sue, wani, aimi, khalida n k. farah

 so, inilah kawan2 aku mase kat sekolah menengah niey. aku kuat kat sane sebab dorang. yang takde dalm gambar, sory, ape2 pun, saya tetap sayang korang seme.... juga kepada yang telah pindah...saranghae....
moga2 persahabatan kita kekal hingga ke syurga. sama2 kite berjalan beriringan tangan ke syurga.



Tuesday, 29 May 2012

listening...the great healer=)



mendengar ......penyembuh yang baik. kata-kata ini saya dapat setelah saya membaca satu buku nukilan daniel gottlieb,seorang psychologist yang mengidap penyakit quadriplegic. dalam buku ni dia ada mengatakan bahawa dia menyedari lagi banyak dia mendengar ( luahan hati seseorang ), makin ramai yang akan bercakap dengan kita. dan semakin ramai orang yang terbuka hati untuk bercerita dengan kita, perasaan prihatin semakin mendalam dalam diri kita.kita mendengar dengan hati terbuka, orang akan meluahkan isi hati mereka dengan penuh rasa keterbukaan dalam hati mereka.

jadi, jika seseorang ingin meluahkan isi hati mereka, just hear it. jangan membangkang atau menyokong percakapan mereka. tetapi jika kamu menyedari satu kesilapan dalam diri mereka, maka tegurlah. kerana, sahabat yang baik akan sentiasa membaiki diri sahabatnya untuk menjadi yang lebih baik. dan melalui proses mendengar dan meluah inilah kita boleh mempraktikkan amal maa'ruf nahi mungkar. dan jika nasihat yang kita berikan itu berjaya mengubahnya, insyaallah bertambahlah saham kita di akhirat.namun kita kene ingat bahawa kita tiada hak untuk mengubahnya, jika allah bagi hidayah padanya, alhamdulillah. jadi, kita hanya boleh mendengar dan belajar daripada apa yang kita dengari. learning to listen, listening to learn.

sama-samalah kita berlumba-lumba mencari saham di akhirat dengan memanfaatkan masa hidup kita dengan amalan yang berfaedah.

Monday, 12 March 2012

moga langkahku tetap di situ...

kadang-kadang kita sering mengeluh dengan langkah kita dengan dakwah dan tarbiah.tetapi ingatlah wahai sahabatku, orang yang meneruskan langkah yang allah pertanggungjawabkan untuk dia, insyaallah akan mendapat ganjaran yang terbaik di akhirat kelak.

mungkin kini kita seringkali mendapat cacian tohmahan dan sebagainya, jadikan itu semua sebagai wasilah kita untuk mendekatkan diri kita kepada allah. yelah kan siapa yang tak sedih kalau orang kutuk or ornag buat something yang tak elok kat kita kan? so, kita berdoa kepada allah supaya allah menetapkan hati kita supaya terus membela agamanya.

dalam jalan dakwah dan tarbiah ni, kita kene cari orang yang sehati dan sejiwa dengan kita, untuk meneruskan jalan ini. kerana apa? kerana jika kita jatuh, merekalah yang akan memimpin diri kita untuk terus bangkit dan berjuang. so, kesimpulan kat sini carilaa sahabat yang baik-baik. yang terkeluar daripada landasan ni, kita cuba tarik mereka kembali...

kat sini saya nak kongsi dua buah lagu yang insyaallah boleh menjadi pembakar semangat kita untuk terus dalam medan dakwah dan tarbiah....




Friday, 23 December 2011

cinta vs couple

pernah bercinta atau couple? sama ke makna cinta dan couple tu? di sini saya hanya bagi pandangan sahaja. mungkin ada orang yang berlainan pendapat dengan saya, kerana allah mencipta manusia itu pelbagai. tanpa manusia pelbagai, tidak berwarnalah kehidupan kita. bagi sesiapa yang mahu menerimanya silakan.

saya pernah bermesej dengan salah seorang kawan lama saya. disebabkan sudah lama tidak berjumpa, banyaklah benda yang kitaorang borakkan. pastu, tetiba jer keluar bab cinta and couple ni. sebelum saya bermesej dengan kawan saya ni, saya pernah baca satu buku nukilan hilal asyraf. dalam buku tu adala tajuk yang lebih kurang macam bab yang kita bincangkan ni.

berbalik kepada cerita, so kawan saya ni tanyalah saya, single lagi ke? takde cinta kat sape-sape ke?
saya pun jawab, saya single je lagi, tapi saya memang selalu bercinta...
mungkin dia pelik, pastu dia tanya lagi, ha? oh, maksudnya awk pernah couple la sebelum ni?
saya kata tak....
dia tanya lagi, kalau tak couple, macam mana boleh bercinta pulak?
masa dia hantar mesej tu, terbit dalam diri saya untuk berdakwah mengenai cinta.
saya pun kata kat dia, memang saya tak pernah couple, tapi saya pernah bercinta dengan allah, parents, adik-beradik, kawan-kawan...

so, cinta ni sebenarnya amatlah suci. janganlah kita nodainya dengan bibit-bibit perzinaan. terutama sekali zina mata. memang tak dinafikan memang susah nak kawal pandangan apabila dua hati anak adam dipanah oleh panahan syaitan. tapi, cuba untuk kita mujahadah dengan diri kita, dan ingatkan diri kita ganjaran yang allah berikan kepada orang yang bermujahadah dengan nafsunya. kembali kepada bab cinta, betapa tingginya darjat cinta. cuba kita renungi bagaimana tingginya cinta abu bakar kepada sahatnya, rasulullah apabila dia mengorbankan dirinya bagi menyelamatkan rasulullah daripada dipatuk haiwan berbisa, tanpa cinta, tidak mungkin pengorbanan sebesar ini dapat diberikan,

jadi. sama-samalah kita menggapai cinta allah. kerana apabila kita mencintai allah, pasti allah akan terima cinta itu, berlawanan dengan mencintai manusia belum pasti dia dapat membalasnya. sama-samalah kita praktikkan semua ini dalam kehidupan kita untuk mendapat merdhatillah. semoga kita dapat menggapai syurga allah.